Alhamdulillah (':

Alhamdulillah , tak ada kata yang paling indah selain 'terima kasih Allah' . jahilnya aku . tapi kau tetap berikan yang terbaik . lalainya aku , tapi kau masih sedarkan aku . . Alhamdulillah usaha tak sia-sia kadang-kadang rasa rendah diri boleh membunuh jiwa dari akar . tapi kuatkan semangat untuk terus kedepan . setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing . rezeki Allah dah tetapkan lebih atau kurang tetap besyukur dengan apa yg kita dapat . semakin kita nak dekat dengan Allah semakin banyak dan kuat dugaan yg datang . kuatkan hati dan imanku ya Allah . 

saat ini , airmata laju turun mengenang saat-saat jatuh bangun aku . saat aku tak mampu nak teruskan tapi aku paksa diri jugak , walhal masa tuh aku dah jatuh rasa berat nak bangun tapi aku cuba perlahan-lahan . tak banyak dapat sikit Alhamdulillah . terima kasih dekat orang-orang yg ada saat jatuh bangun aku , aku sentiasa mendoakan kalian mendapat balasan yg baik sebab budi kau orang Allah yg mampu balas . 

kalau orang kata yg tidak benar , biarkan ia berlalu seperti angin tanpa tinggal bau (': asal kau tahu mana kau berpijak . siapa yg masih berharap dengan kau . 

untuk mak , terima kasih atas pengorbanan yg terlalu banyak . Allah je yg mampu balas mak . akak doakan mak dapat yg terbaik .'akak doakan mak untuk interview nanti' mak pesan masa bukak pintu bilik pagi sebelum pegi interview . insyaAllah mak , penantian mak takkan sia-sia .

untuk abah , walau jauh dr mata tapi insyaAllah masih dekat dihati . terima kasih , halalkan apa yg abah bagi alhamdulillah guna jugak masa susah . sentiasa doakan abah kat mana pun abah ada . 

untuk along , abang , boy and baby , maafkan kalau tak pernah jadi adik dan kakak yg baik , lepas nih kita buat yg terbaik untuk semua orang . janji . . 

untuk awak , terima kasih sebab dah banyak tolong saya . terima kasih sebab sedaya upaya nak paham saya . taniah untuk awak jugak . (:

apa pun yg jadi , apa pun halangan , itu bukan alasan untuk terus ke bawah . (': 

mereka yg berjaya , mereka yg pernah gagal . mereka yg gagal , mereka yg pernah berjaya . banyak maksud tersirat ungkailah satu-persatu . debaran jantung nak keluar dari posisi beransur pulih . lepasnih dugaan lain harus kuat seperti 'TIGER' ;'D 






sandar dibantal putih (:

indahnya kalau saling menghargai . give and take . 

pengalaman mengajar erti hidup yg kita kena banyak bersabar dari memberontak . kan ? buat jelahh selagi kita mampu dalam masa yang sama berharap agar yang lainnya mengerti . cukupla ada yang mendengar yang menahan karenah . 

yang masih bersama aku , terima kasih sayang (':

*makin canggih pulak semuanya nak hupdate ! tolong jangan terpedaya dengan chillex aku kat gambar tuh . aku penakut sebenarnya tapi tak la takut sangattt . =='


menghitung hari ulangtahun kelahiran . usia bertambah tapi berat tak punnnn . hihi . 



nikmat tuhan (':

assalammualaikum , alhamdulillah ramadan kali nih penuh nikmat (': after rasa lebih 2years kowt we meet again !seronok jumpa bff . no matter what happen we still together , bak kata puan syikin 'eh ? masih kekal eh awak awak nih ' . insyaAllah persahabatan yg ikhlas kekal sampai bilabila . korang ! kita penah lalui macam-macam hal . gaduh tak payah cakap la , ta payah kira ada je tak kena tapi we still together 2years jugak kan . duduk sama lepak sama nangis sama . nakal sama tet ! masa dekat kolej meeza belaja duduk rumah sewa jauh dr mak . semua benda kena buat sendiri . zzz .

jiwa muda ! eceh . masih dalam rentak memberontak . nak cerita banyak sangat , banyak manis dari pahit kan ? kita jarang balik kg sebab duduk kat rumah sewa boleh huhahuha ! walaupun duduk dekat tempat jin bertendang . moto jadi transport kita ! hehe . kita pegi kem . apa-apa aktiviti mesti muka kita ! wahhh meluatnya orang kann . tapi kita still chillex . kalau konflik lec pun tahu ! HAHA :DD dugaan , tuhan uji macam-macam bagi kita kuat kenal erti sahabat . sahabat sejati takkan berubah hati walau macam mana sahabat tuh pergi dia . *paham kan maksud tersirat ? terima kasih still tetap sahabat even macam-macam cerita sampai . hanya Allah je yg tahu sebenarnya . sayang korang !

kitaorg ada alumni kolej dari bacth first so memang best jumpa gelak-gelak ! borak-borak . nampak je muka yg sampai excited ! hehe . aku dengan ain macam biasa pegi ambik apa yg ada . HAHA :DD DAN DAN , lepas berbuka ada lucky draw no aku 2005 , ain 2006 , ika 2007 , ecah 2020 kowt sebab dia tulis sendiri ! :P yg kena no 2006 ! bhaha suka budak kecik tuh ambik hadiah . lepas lucky draw mula perlantikan ahli jawatan kuasa alumni kkju ! *kenakena kan orang mula dengan perlantikan pengerusi *aku angkat tangan cadangkan azizul a.k.a benjo tapi yg dapat undian banyak hafiz a.k.a BOB pengerusi masa jpp pertama ditubuhkan kat kolej masa batch aku . taniah la BOB semoga anda tak tidur untuk menggerakkan alumni ini . HAHA perlantikan naib pengerusi *aku lagi angkat tangan aku cadangkan nur atikah and and yeay ! she got it ;) perlantikan setiausaha *arghhhh ! yg nih tak menahan sebab jawatan yg febret-febret org sebut nama hameeza . zzzz . thanx a lot ecah tolong bantu buat minit mesyuarat . proposal blablabla . perlantikan bendahari *amir batch senior aku boleh salah angkat tangan pulak sebab tak kenal nama . HAHA perlantikan ajk *belum sempat BOB cakap aku dah angkat tangan bagi nama ain dengan ecah . hehe :P jadinya ahli jawatankuasa dimonopoli oleh batch2 aku . pencen la nnty bagi kat adik-adik ye . memang suka merasmikan yg pertama . HAHA . setelah bertahun , masing2 ambik balik jawatan masing2 . ingat centuh jela , rupanya kena bersaing dengan kolej-kolej lain untuk jadi no1 . wow ! insyaAllah tak menghampakan cik zura lec sempoi sampai sekarang tak lost contact dengan student . thanx cik belanja makan semalam , HAHA .

seronok lepaking semalam , bak kata ecah naik kereta cik zura ' eh macam zaman kolej pulakkk ' *dalam setiap doa aku tak pernah lupa doa . ya Allah lindungi mereka yg berbuat baik kepadaku , jauhkan mereka yg hanya menyakiti ku . kirimkan aku teman yg akan bersama membimbing ke jalan yg benar . terima kasih ya Allah kau tunjukkan (':

*suatu ketika pernah hilang semua sekelip mata kena mula dari awal kenal orang , arghhh ! dont wish you at ma place . (': now , alhamdulillah jumpa orang baik-baik yg jalan cerita lebih kurang sama *takpela , itu semua dugaan untuk kita rasa tak semua orang senang dengan apa yg kita ada tak banyak sikit mesti ada rasa iri hati kann . SABAR , *sabar bertahun-tahun , teman silih ganti macam-macam perangai macam-macam hal . tapi Allah tuh sentiasa ada kan lagi tahu apa yg terbaik . yg masih kekal dengan aku terima kasih sangat sayang , masih sabar dengan sikap aku . - tuhan tolong jaga kekasih-kekasih ku -

berhabuk ucuk tayunk nihh (':

assalammualaikum , ta jawab dosa kalau jawab awak dan awak yang masih na baca sayang kita letew kann ;)semangat nak tekan abjad-abjad latih tangan laa da lama tak manjakan diri dekat pc , lappy kannn . hee . perkara yang aku rindu nanti bangun pagi bukak pintu bilik tengok rumah gelap takde sape . tgk jam kat nset awal lagi . tido sat pastuh bangun buat semua kerja rumah .pastuh da siap semua lepak tengok cerita yang tangkap jiwa . wah ! gitu tau . perkara lagi rindu na membebel dekat dua budak betuah adikadik aku sebab geram tengok . ee ! la nihh kurang sikit membebel tambah lagi satu abang betuah sebab dia memang sekaty dia je . HAHA . tambah lagi satu makmok paling betuah ((: ! rindurindu ^^ bulan puasa nak datang dah ! topup amal banyakbanyak . aku harap permulaan baru tiada stress tiada cucuk jiwa tikam dada ==' kita nak relaxrelax tenangtenang je pergi dia kita nak nampak muda , tana berkerut je . kann ! aku nak jadi lebih kuat . walaupun sekarang aku makin kurus . HAha ! jeles kann ? kurangkan makan nasi . kalau lapar tido lahhh . HAHA . mari kembalikan pipi telo :DD
 . . . . . . . . . . . . dalam gembira ada duka , haihh , manusia bilabila masa boleh berubah bertukar tempat . samaada dijalan yang benar atau sebaliknya . samasama lahh doa kita berada dijalan yang benar (':
 . . . . . . . .. . .. sebenanya aku sedih bangat nih ! italy boleh kalah memacam status weh . itu memang tak boleh bla . tunggu lagi 4tahun aku pilih lagi 2,3 team . forever lyly ! manjakan nama aku bagi . mestilahh ! aku suka aku manjakan . apa pun chelsea ada kena tempias sikit kat yolyol boleh la . sepantonyol << alahh kita ta reti sebut tuhh ! kahkahkahh

give me five !

salam , wahhhh . hampir terlupa kata laluan . HAHA . rinduw pinduw dengan blog tayunk mucuk acam ! euww :P sangat busy dengan perjalanan kehidupan macam ombak kejap datang secara kasar tepelanting aku dibuatnya , kadang datang secara tenang buat aku terbuai-buai dalam air . asyikk . wahaha . siyesly bagai mimpi ! tampar pipi sakit pulak . haihh . aku baru dapat lepas nafas dengan panjang . pheww ! terima kasih kesayangan sentiasa ada untuk aku . sentiasa sokong aku dari belakang tolak aku naik atas walau secara pelahan . sentiasa paham aku walaupun kekadang org lain tak paham aku . betuahnya aku dikelilingi kamu semua . muahhh ! (': hidup tak selalu indah , kalau kita sabar , insyaAllah ganjaran lebih dari yg kita jangka . tapi nak bersabar tuh bukan senang , kadang kau terpaksa diam walau benda tuh sakit , tapi na buat macam mana kannn terima dengan redha . (': jadi aku lupakan semuanya , maafkan aku kalau-kalau aku pernah sakitkan hati kau orang . sebab kau orang pun sakit hati aku jugak . haha . :DD jangan risau aku bukan pendendam siyes lol ! . so , kebahagiaan datang . kakak sulung aku dah selamat jadi isteri orang (: dah tak boleh gaduh-gaduh lagi mesti husband dia backup dia . HAHA . cousin-cousin tercinta aku semua ringan tulang . yg berat tulang tuh tak ngape lahh . asal u'oll datang meriah majlis da kira besyukur . wee (:
yeah ! welcome abang ipar . abang long . teshasul laa aku . *tolong bagi anak buah asap , ajar panggil aunty ja . BIG NO na ajar dia panggil mak lang . HAHA . *hemm , dalam hidup nih jangan jauh dari rasa menghargai . take note ! jangan dekat dengan rasa benci , iri hati dan sewaktu dengannya . rezeki masing-masing . ada sebab kenapa Allah tana bagi kita . mungkin Allah sediakan yang lebih baik untuk kita . belajar hargai yang masih ada depan mata . jaga sebaik mungkin . jangan menyerah kalau terjatuh untuk yang kesekian kali , sebab Allah takkan turunkan ujian melampaui dari kemampuan umatnya . bisik kuat-kuat dekat hati 'hei kuat sayang , ayuh !' .

SBF ,

:D ' Awak saya nak nasi lemak dengan mc'd '

:) ' mana bole , pilih satu je'

:D ' alahhh , na dua-dus '

:) ' okay , satusatu la , hari ni nasi lemak esok mc,d '

:D ' * paling girang hati . '

Masa lapar . Balik dr seremban .

:D ' atok da tade '

:) ' eh , awak jangan Nanges , sabar byk-byk . Kenapa tak cakap awal-awal bole saya hanta '

:D ' tak apalahh , cousin dtg sini ambik teksi balik kg '

Masa arwah atuk pergi bt selamanya , rindu nak Biar atok sengaja bt tak nampak lepas tuh terus duduk kat org ' apa atuk nih '

:) ' bila awak na balik ? '

:D ' ta tau lagi lama kowt sy dekat kg '

:) ' jangan aa lama sangat , saya rindu '

:D ' :') '

Masa tak pergi kelas sebb knduri arwah .

:D ' awak bawak sy Pegi pantai , bole ? '

:) ' bole , mana awak na Pegi sy bawak okay '

Masa sibuk sangat na tgk pantai

:D' awak jomla tgk wayang cerita kura-kura tuh '

:)' na belanja ke ? '

:D ' bole '

:) ' haa , ta sedap cerita tuh nanti Padan muka '

Masa sibuk sgt nak tengok cerita cinta kura-kura . * know what turtle dah mati . Cryy

:D ' awak cepatlahh tangkap gambar '

:) ' sabar aaa * sambil godek2 camera '

:D ' alahhh , Mara . Tana aa ambik gamba . * merajuk '

:) ' tana sudahh Biar aku ambik sorang '

:D ' haa aku ? Biadap kann . Grrr '

Masa sibuk na suruh tangkap gambar .

:D ' sedih laa macam ni '

:) ' jangan ah sedih , dugaan . Da Semayang belum ? Pg Semayang dulu '

Masa tengah sedih . . .

:D ' alahh ticket habis '

:) ' haha . Padan muka tunggu la jom balik dulu '

:D ' tana , malu ah da kemas2 pastuh balik balik . Tana '

:) ' habis tuh ? '

:D ' awak hanta aaa . Eh ? '

:) ' yela2 '

Masa ticket habis . Nak balik seremban .

:D ' lain Kali bt lagi ? '

:) ' janji ta buat dah '

:D ' buat jugak macam mana ? '

:) ' ta bt da la sayangg '

Masa Ty tentang kesilapan ,

:D ' awak sayang saya tak ? '

:) ' sayang laa . '

:D ' satu je sayang ? '

:) ' sayang , sayang , sayang , sayang , sayang '

:D ' okay . Iloveyou '

Masa ty sayang ,

:) ' sayang awak , cinta awak , rindu awak , perlukan awak '

Bila ingat satu persatu perkara yg bt saya gembira , dihargai , itu buat saya * PAUSE .

* awak , I do love you . Jangan lupa kalau kita da jauhhhhhhh sangat .

jatuh lagi .

as salam ,

sebelum aku bercerita panjang , harap jangan disoal . cukup untuk aku melepaskan semuanya secara perlahan-lahan . *tarik nafas . tak ada siapa nak dengar cukup dengan tangan aku bergerak menekan satu-persatu abjad untuk menjadikan perkataan kemudian terhasilnya luahan .

letih , penat . .
saban hari kita berhadapan dengan manusia bermacam karenah , dan kita hanya mampu tersenyum baik .kita berlaku baik kepada orang yang menyakitkan kita bukan bermakna kita menjadi pura-pura or being fake ! itu erti kita matang untuk berdepan dengan situasi . dapat ? anggap lahh itu cabaran . *PAUSE dengar lagu najwa latif KOSONG . lagu tuh macam ada sikit pasal hidup aku . :O

tertanya ,
kadang aku tertanya , hidup aku nih untuk apa ? asyik dikenakan orang sekeliling . it's to much . please being nice to me . maksud aku jangan jadikan baik kau tuh hutang untuk aku langsaikan . weh ! aku tak mampu na balas . *sumpah aku cakap kalau dari awal aku tahu kau buat semua untuk aku kau anggap hutang . aku ta minta tolong kau . sekali lagi TOLONG bukan SURUH beza kan ? kalau kau baik dengan aku . aku mungkin sepuluh kali baik untuk buat baik dengan kau . *berapa kali aku ulang ayat baik . baik kau orang semua ambik port sikit .

diam ,
jadi untuk elak semua aku diam je , pura-pura aku okay setiap masa . walhal kau tahu aku rasa nak melalak . aku rasa macam nak cekik orang yang sakitkan hati aku . dah dua sem lahh aku tekanan . cepat lahh habis . bagilahh aku ruang nak bernafas dengan keadaan yang sangat selesa tanpa ada bau DENGKI , CEMBURU dan sewaktu dengannya . *maaf . aku da cuba berubah tapi tak kena jugak kann . aku penat .

fakta vs auta ,
hari serba tak kena , masa aku baca isi kandungan surat tuh . aku rasa boleh basah kertas tuh nak tampung airmata aku . *bisik kat hati , tahan laa terus baca semua tu . damn ! yang tertulis tuh tak la benar sangat . tolong laa . apa nih ? manusia yang berpangkat tinggi yang bagi ilmu dekat orang boleh buat cerita auta untuk nampak yang dia memang berusaha untuk aku . *tak ada ! bagi tekanan dekat aku adalah . aku balas surat tuh aku terpaksa akur dengan isi kandungan tuh ada jugak selit kisah dalam surat balas aku . *panjang lebar surat . tapi takpe , kau sekat fakta . aku doa aku kuat . aku berhenti situ . aku harap satu hari aku boleh buat untuk saat dan ketika ini memang aku tak mampu sebab aku tahu tahap mana kemampuan diri aku . lepas baca surat balas aku kau baru nak tanya apa masalah aku . sory kalau aku jawab tak macam apa kau harapkan *saya rasa saya ada cerita dekat surat tuh . BACALAH . masa tuh aku rasa macam nak campak semua yang ada depan aku . *tahan . berendam airmata tak sabar nak keluar . suara aku pun kau boleh dengar macam mana kan . TERIMAKASIH .

cahaya ,
orang hidup denga dua cahaya .
tapi aku hidup dengan satu cahaya , satu cahaya lagi samar-samar nampaknya (': eh ! bukan tuh aku nak kesalkan tapi aku bersyukur dengan satu cahaya tuh buat aku rasa dihargai . marah mana aku , merajuk lama mana aku , jahat mana aku , degil mana aku , satu cahaya tuh tak pernah padam untuk aku . tolong jangan pergi sebelum aku . aku masih banyak benda yang perlu untuk dilakukan , jadi ya Tuhan tolong serikan cahaya satu itu untuk aku teruskan hidup ini . jauhkan aku dari mereka yang hanya ingin menyakiti aku , ya Tuhan lindungilah mereka yang berbuat baik kepada ku . amin .

untuk saat ini aku mengalah , aku perlu masa untuk bangkit semula .


sepintas lalu .

hai sayangggg ,
lama gila ta hupdate blog macam hupdate status kat fb setiap saat dan minit , cuma pergi toilet je kau tak hupdate kann . *maaf if terasa . chill dont sepak your face . (:

sini , lepak kejap .
dalam bulan nihh , a few cerita sedih tentang kehidupan seorang pelajar perempuan yg hilang arah bila dia dah cuba berubah untuk kebaikkan tapi semuanya ambik kesempatan atas kebaikkan itu * itu aku lah ;p. rasa unfair kannn ? * dush ! but what can that gurl do ? just smile everyday when she walk . *tunduk bila panas , cepatkan langkah bila nak hujan , jadi keras bila sejuk pagi . done ! tidak apa laa sayangg , pelahan-lahan kayuh asal kau sampai sudah laa . yg nak tgk kau tergolek tersadung tuh . biarkann (': dia belum rasa apa kau rasa dan kau pun tak nak orang lain rasa apa kau rasa sebab mereka belum tentu mampu kann . so Allah always with you . hidup ini kalau bersenang-senang diSANA nanti belum tentu senang kann . *MUSABAH DIRI . pernah jugak rasa nak berhenti . tapi itu lari dari masalah , dan tinggalkan beban siapa pulak nak pikul beban yg sepatutnya aku yg pikul ? kannn . *SABAR . ikut jelahh rentak . sampai satu tahap tolong berhentikan aku pada saat dan ketika aku berdiri tegak , dan cakap macam ini
" ouh ! terimakasih banyak-banyak buat aku kuat macam hulk ! . haha " .

semoga aku tabah harungi kehidupan yg semakin mencabar dan berliku-liku *macam lirik lagu kann ? sebab cousin aku bawak pergi terapi karoke aku feeling macam siput nyanyi tanpa hirau orang belakang dok intai-intai . nak dengar sore aku * harus aa shedapp . kahkahkah .

dalam aku memikirkan masalah aku , dugaan aku . ada orang yg lagi tanggung sedih berlipat ganda dari aku . . .

dear MA ,
yang pergi biar pergi , kita yg hidup teruskan hidup . awak kena kuat , bangun dan berlari capai apa yg awak nak . anggap ini satu cabaran untuk awak . saya pun macam tak percaya , tapi Allah lagi sayang Abah awak . derita yg ditangung dekat dunia da berlalu doakan Abah awak tenang dekat sana . . jaga keluarga awak sebaik mungkin . lakukan yg terbaik insyaAllah semuanya dipermudahkan . hilang org yg besarkan kita , bagi kita makan minum pakai rasa macam gelap dunia sebelah . tapi cahaya yg sebelah masih ada suluh lahh , biar nampak jalan untuk kita hargai yg ada selagi masih bernyawa .

AL-FATIHAH ,

before fullstop

takziah , sebab jiwa kau mati .

setiap hari adalah seperti hari terakhir aku hidup , setiap kali kesalahan dilakukan kekesalan pasti terpalit . pipi rasa panas , menyesall . perjalanan hidup semakin pantas , tapi pergerakkan dari aku adalah paling perlahan sumpah tekanan . kadang aku kata ' apa guna hidup kalau ini sahaja yg mampu ' , ' eh , kenapa aku sahaja yg dipersalahkan ' , ' eh , salah aku lagi kah ? ' , ' ya Allah , biar aku mati dalam keadaan yg tidak mengaibkan , atas semuanya ' .

makin lama hidup , makin banyak dugaan yg mendatang . satu lepas datang lagi . . kekadang rasa fedup rasa malas nak diambil kira . tapi itu semua akan menambahkan lagi . jadi sekarang rentak diikut sahaja .

bersyukur dengan segala kekurangan dan juga kelebihan , ada hikmah semuanya itu . selalu pesan dekat diri sendiri jangan cepat melatah . banyak bersabar . kuatkan hati .tak semuanya indah . mungkin ini adalah masa kepayahan aku .

redha dengan semua , setiap malam adalah saat aku untuk mengingatkan sesuatu yg jauh dan yg dekat . semoga semuanya dalam keadaan yg baik . jika satu saat semuanya berhenti , hentikan aku pada saat aku sedang tersenyum melihat sesuatu tanpa rasa sedikit pun tidak bahagia .

berpesan dengan diri supaya rasa besyukur dengan segalanya yg aku ada sekarang . .

tolong bangkitkan jiwa yg dah mati ini , jiwa yg dibasahi air mata kepayahan , kesunyian , kerisauan dan segala ketidak bahagiaan . sebelum mata tertutup , mulut terkatup dan semuanya FULLSTOP .

happy bufday cousin


aku lambat sehari update bufday kau , maaf (':

tak kira aku nak wish jugakk , happy bufday syikin maulana semoga kau dimurahkan rezeki dipanjangkan umur dan menjadi gadis disenangi ramai . iman bertambah , amalan diperbanyakkan . (': last but not least semoga kau temui lelaki sejati yang akan membimbing kau ke jalan yang benar . aminn .

kau tahu ,

masa aku letih balik kelas , aku tetidur aku mimpi semua orang dekat kampung . sumpah rindu gila . SIKAP memisahkan kita dan aku kesalkan itu , aku mintak maaf dekat kau . sebab aku teringat susah aku , kau ada untuk aku sanggup datang rumah aku teman aku masa aku tengah dihimpit orang kiri kanan depan belakang . *sampai katil aku patahh .

pasal kau tulis entry yang kau akan hilang aku . :'( hemm sedih laa . kau dah 21tahunn macam cepat masa berlalu sebab dulu kita pakai skirt bunga-bunga begaduh saja . HAHA . rindu nak lepaking dengan kau potpet tak berhenti . jadi macam dulu asal balik kg or berjumpa mesti ada benda nak cerita .

sekali lagi ,

HAPPY BUFDAY !

((:

haluu . . ouch ! homie ouh homie >.<

setelah 3minggu betapa dekat merlimau i'm back ! selonok tangat . puii :DD okayokayy , sebenanya this time aku balik MA hantar sampai depan rumah . Alhamdulillah selamat sampai . amin ((: terima kasih awak . al-kisahnya tiket bas habis paling last pun 730pm . eh eh i dah ada dekat melaka sentral pukul 12lebih hacane ? huhu . so , ketipakketipung dengan MA nak hantar balikk . lagi double selonok . ngee ;)) . tapi ada askar ikut tau mai dengan eja a.k.a si ketot gn si mok . haha !

weh korang bedua maaf laa kalau-kalau aku biadap dengan both of you . puii . kita kan kawan biadap . haha :DD ! nak balik sesama lagi ? silalah hubungi akauntan MA okayy . haha :DD

sampai je depan rumah terserempak dengan mak mok ! ouch ! rindu gilaa . turun salam cium tangan , tak peluk cium sebab mak ada keje . lepas tuh MA pun balik segamat . sampai sekarang dia merehatkan diri . kesian kan dekat dia , awak sory sangat susahkan awak . tapi saya memang suka susahkan awak , haha . (':

masuk je rumah letak barang dalam bilik then aku nampak kotak pos laju . barang on9 sudah sampai . ngee . cantik ! okay boleh shopping on9 lagi . haha . aku rehatrehat badan pegi bilik abang tibsa-tiba tanya mana baby . aku cakap baby ikut mak laa dia cakap bukan baby , baby kucing mira ( kucing gf dia ) ==' kucing tuh gomok gila bulu lebat . sekarang ada dekat rumah aku sebab tuan dia pegi JB .

and and kau tahu apa ? aku berani pegang kucing tuh . aku touchtouch badan kucing tuh . geli ~ haha . yeah ! berani pegang kucing tuh sebab kucing tuh tak macam kucing mak aku yang suka kacau orang . ==' bila dah ada 3ekor kucing dekat rumah , amboii kucing gomok tuh marah kucing mak aku bhai ! mencicit kucing mak aku lari keluar . so , sampai hari ahad kucing gomok tak boleh nampak kucing mak aku nanti bergaduh . kucing gomok tuh gf abang aku panggil 'baby' :D



*amboii , berani tau pegang kucingg . ngee . plus baju kesayangan aku tuh bhai . harihari nak pakai . :'D

konklusinya aku bahagia (:


dan mahu mengetepikan tekanan seketika , nanti aku hadap kau balik ye tekanan . kau relax je =='


unperfect

tahan je nak lepas nihh (':

dugaan datang tanpa diduga , kadang-kadang dapat petanda apa boleh buat ? mengadap saje dengan redha pasrah . boleh tak kerat-kerat aku ni bagi banyak-banyak sebab terlampau banyak hati nak dijaga dan aku cuba buat yang terbaik . sesak tahu rasa macam nih

aku rasa aku da ta macam dulu . lebih pendiam maybe , kalau aku bercakap pun benda jadi tak bagus . tekanan betul bila kiri kanan himpit aku sesak jadinya . nak tido pun ambik masa , kena pusing-pusing sampai tenang bagi otak aku rehat tanpa berfikir apa pun . bila dapat lena , alarm bunyii . alaa :(

sem nih , kelas malam berturut-turut pulak . dengan final projek yang entah apa apa je . aku tak nak salahkan orang , tapi tolong aa bagi komitmen juga jangan sebab hal remeh semua jadi berantakkan . buat benda baik pun orang tak suka habis apa lagi ? aku kalau da tak suka memang tak laa aku nak melayan .

tadi kelas malam micro-p , aku tak tahu laa puan selalu attack aku . asal aku dengar je dia bebel-bebel kat depan mesti dia sergah aku . huh . sebab dia kata aku selalu berangan dalam kelas . nak je jawab bukan dalam kelas je mana-mana saya pergi mesti berangan juga . sumpah ! benci sikap tuh . banyak sangat berfikir sampai diri sendiri tak terjaga .

setelahh bertahun-tahun aku tak demam , harituh aku demam memang tak menahan . tangan masih bengkak kesan amek darah harituh . but bersyukur juga sakit kann . penghapus dosa-dosa kecil (': terimakasih dekat mai sebab jaga aku , dekat MA sebab hantar aku pergi klinik ambik berat pasal aku . sampai aku sihat .

kadang-kadang orang tengok aku macam tak ada masalah , dengan perangai aku . tapi bila kau dengar cerita aku mesti kau tak percaya kan ? ((: kadang-kadang berdoa juga mintak tuhan cabut nyawa aku cepat sebab tak nak banyak dosa banyak hal yang tak sanggup aku nak mengadap . tak ada siapa boleh tolong kita kalau bukan diri kita sendiri , dah banyak sangat susahkan orang . sampai orang naik benci dengan aku .

sem nih 5paper menunggu . subjek semua boleh tahan , kawan dah berubah bukan niat aku pun . berbaik tuh tak salahkan tapi ramai yang pertikaikan susahnya :(( silent is better ritee . sukahati laa nak cakap apa pun yang penting aku tahu apa yang aku buat . kawan gelak , kawan mengumpat , kawan mengata bersepahh . tapi , kawan nak ajak menangis mana kau ?

kawan paling baik aku mak aku laa , gaduh macam mana pun , marah macam mana pun , mak mesti pujuk aku balik . mak paling risau kalau aku duduk dalam bilik tak keluar-keluar . tak kisah laa apa pun hilang lepas nih yang penting jangan hilang mak aku . wanita kuat , garang , kelakar (': niat nak ikut jejak langkah mak , tapi tak kesampaian pun . masa sekolah je merasa . . .

apa lagi nak jadi lepas nih pun aku sendiri tak dapat nak jangka .

mintak dikuatkan semangat , semuanya kuat sebab 'unperfect' . .